Thursday 26 September 2013

Bekas Menteri Besar Kedah, Azizan meninggal dunia

ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 11.15 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Muhkriz Mahathir. 
Ketika itu Mukhriz berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Peladang Kawasan (PPK), di sini. 


Semalam, Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau dilaporkan dalam keadaan kritikal, selepas mengalami komplikasi jantung yang serius dipercayai akibat jangkitan kuman.

Azizan, 69, yang bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan sejak seminggu lalu, dikatakan pengsan selepas serangan jantung pertama kira-kira jam 3 pagi semalam dan kini dipantau rapi oleh doktor. 

Isterinya, Puan Seri Faezah Sheikh Hamzah, mengakui kesihatan Azizan semakin tidak stabil sejak seminggu lalu sehingga memaksanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Pada 9 Mei lalu, Azizan menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan diabetes selepas dipindahkan dari Kedah Medical Centre (KMC), di sini. 
Beliau yang mempertahankan kedudukan sebagai ADUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB mulai 13 Ogos lalu. 

Sementara itu, Mukhriz hadir ke HSB pada kira-kira jam 11.50 pagi bagi melawat jenayah Azizan.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum di sini jam 5.30 petang ini.

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment