Friday 25 June 2010

once upon a time @ EMPIRE.....Part II









Thursday 24 June 2010

tahukah anda....?

mungkin kita sendiri tak mengambil berat mengenai perkara tersebut dibawah ini... yalah kita sendiri ingin mempermudahkan kehidupan lah katakan.... 

pernah kah si isteri meminta izin utk keluar dari rumah dari si suami?
pernah kah kita sebagai si suami memikirkan perkara ini?


in actual fact, aku pernah terfikir akan perkara ini... but aku sendiri bukan lah alim ulama yg boleh/sah membincangkan perkara ini secara ilmiah dlm blog or mana2 ... aku sekadar membaca dan ingin share those information.... yalah at least ada gak bertambah ilmu kita sehari2...


jom kita renung2kan perkara ini....




ini adalah petikan dari Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com


perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin suami sama ada berada dirumah ataupun tidak, juga boleh dianggap sebagai nusyuz. Jelas di sini adalah, perlulah isteri mengutamakan suami sekalipun untuk keluar rumah. Meminta izin ataupun sekadar memaklumkan kepada suami ke mana mahu pergi dan bila masanya.

Rasionalnya, suami yang prihatin dan faham, akan berasa dirinya diberi keutamaan dan perhatian oleh isterinya. Sudah pasti dia akan rasa dirinya dihargai. Tidak dibelakangkan oleh isterinya. Begitu jugalah jika mampu, suami akan memaklumkan dan mengkhabarkan kepada isterinya ke mana tujuan keluarnya.

Dijelaskan perbuatan ini dilakukan sekalipun suaminya berada dirumah adalah jelas, agar suami tidak akan mempersoalkan tindakan isterinya itu, apatahlagi jika suami tiada di rumah, maka lebih -lebihlah lagi keizinan suami diperlukan. Banyak hadis panduan dan kisah teladan dapat dirujuk bagi panduan dalam hal ini. Antaranya dikisahkan bagaimana taatnya seorang isteri tidak membelakangkan suaminya, sekalipun suaminya tiada di rumah, tetap akur dengan ketaatannya tidak keluar rumah sekalipun ayahnya meninggal, dan pelbagai lagi kisah lain sebagai teladan dan panduan isteri-isteri solehah.

Sebaliknya jika kebenaran juga diperlukan dalam tujuan keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan diklasifikasikan sebagai ilmu fardu ain. Dibolehkan keluar untuk berlajar ilmu fardu ain jika suaminya tidak mampu mengajar. Walhal suami sepatutnya faham dan pengetahuan dalam persoalan berkaitan isterinya. Suami perlu tahu antaranya berkaitan darah isteri, cara dan panduan beribadah isterinya kerana suami disini wajib menunjuk ajar dan mendidik isterinya, maka memadailah hanya suami sahaja yang memberi pengetahuan ini kepada isterinya. Sebaliknya jika suami tidak tahu dan tiada pengetahuan, suami tidak boleh menghalang isteri dari keluar untuk berlajar perkara tersebut. Maka isteri boleh keluar rumah dalam tujuan diatas.





aku harap perkara sebegini walaupun remeh dan temeh but its still hukum Allah....
kita renung2 lah dan fikir2 kan lah..... 


kalau u all ada penambahan , sila2 lah... at least kita bincangkan secara positif... insya-Allah

Thursday 10 June 2010

Ujian Allah.....

sudah menjadi kelaziman manusia, bila terjadi sesuatu yg buruk, kita manusia mudah menyalahkan takdir. kita terlupa dan alpa bila ujian berbentuk kebaikan yg diturnkan oleh Allah kepada kita.... semudah mengucapi Alhamdullilah.... syukur dengan nikmat tuhan.... 

aku sendiri sebagai seorang hamba Allah yg lemah lagi hina ini , kekadang lupa mengucap syukur dengan limpah nikmatNya... nikmat yg diberikan olehNya itu bukan semestinya dlm bentuk wang ringgi dan harta tapi kebahagiaan dalam rumahtangga keharmonian keluarga... keutuhan hubungan sahabat karib dan kawan2 dan sebagainya...

dalam kita mengecapi dan merasai nikmat2 itu... Allah sentiasa memerhatikan kita... kerana Dia sayangkan kita, Dia turunkan ujian kepada kita... dlm apa jua bentuk ujian dan dugaan... urusan pejabat , urusan keluarga dan sebagainya...ujian2 ini adalah sebagai tanda peringatan kepada diri kita....menginsafi diri kita... memperbaiki diri kita.... supaya lebih bertaqwa kepadaNya.... 

aku bukan lah seorang ustaz yang selayak utk memberikan kupasan tentang dosa dan pahala, hukum dan sebagainya tapi selayaknya sebagai seorang Islam... titipan aku ini adalah utk tatapan diri aku dan sesiapa jua yg membaca titipan ini... supaya kita bersyukur dengan nikmat kurniaanNya dan terus berada dijalan yang betul....

bak kata/bait lagu Puji-pujian daripada Raihan,


Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nimat dariNya
Ingatlah Allah bersyukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah...




syukur....Alhamdulillah

Sunday 6 June 2010

DIY dimalam yg hening....

DIY - Do It Yourself....

semua orang tahu mengenai konsep DIY... seboleh-boleh konsep nie akan menggunakan apa sahaja barang-barang buangan ( recycle item ) atau mengunakan "bahan mentah" pada kos yg murah...

so hari nie apa yg saya buat,  mungkin suatu yang biasa dalam dunia fotografi... iaitu DIY something utk "snoot" hehehehhe.... snoot plak kalu kita tanya mr.google sure kita akan dapat byk result ( carian = snoot + photography) iaitu penghasilan cahaya kreatif dari speedlite... saya pon tak ler pandai sangat dalam bidang fotografi...but light effect dari snoot cukup mengkagumkan sekiranya kita buat portrait shoot... lebih2 lagi kalu main style low key...

so kita pendekkan cerita nie terus kepada bahan yg saya gunakan utk DIY nie.
saya menggunakan barang buangan...Kotak air dan juga penutup plastik tabung kerepek ubi hehehehhe



sekali imbas macam pistol ler pulak benda nie...hehehehehe

so hasil nya ...... jeng jeng jeng..... :D


hehehhee..... tak ler hebat mana pon.... but at least tercapai juga hajat aku nak mengetest apa yg org panggil "snoot" ..... komen dan cadangan daripada u all , amat lah saya alu2 kan.... :D

Tuesday 1 June 2010

define art....

photography is art.... so some says, blur is art.... what about overexposure or underexposure pica... ?
hehehe thats why for me photography is universal... is depend on our own heart to define....

ofcos... some occasion sharpness of the pica is very important.... such as weeding photography , and im not a right person to talk about wedding photog coz im too new in that field...



hope this pica will help us to define what is photography means to us....and to myself....


Majlis pernikahan - Nur Afifah Hasibah & Noorsham

















































selamat pengantin baru daripada kami..... :D