Thursday 24 June 2010

tahukah anda....?

mungkin kita sendiri tak mengambil berat mengenai perkara tersebut dibawah ini... yalah kita sendiri ingin mempermudahkan kehidupan lah katakan.... 

pernah kah si isteri meminta izin utk keluar dari rumah dari si suami?
pernah kah kita sebagai si suami memikirkan perkara ini?


in actual fact, aku pernah terfikir akan perkara ini... but aku sendiri bukan lah alim ulama yg boleh/sah membincangkan perkara ini secara ilmiah dlm blog or mana2 ... aku sekadar membaca dan ingin share those information.... yalah at least ada gak bertambah ilmu kita sehari2...


jom kita renung2kan perkara ini....




ini adalah petikan dari Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com


perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin suami sama ada berada dirumah ataupun tidak, juga boleh dianggap sebagai nusyuz. Jelas di sini adalah, perlulah isteri mengutamakan suami sekalipun untuk keluar rumah. Meminta izin ataupun sekadar memaklumkan kepada suami ke mana mahu pergi dan bila masanya.

Rasionalnya, suami yang prihatin dan faham, akan berasa dirinya diberi keutamaan dan perhatian oleh isterinya. Sudah pasti dia akan rasa dirinya dihargai. Tidak dibelakangkan oleh isterinya. Begitu jugalah jika mampu, suami akan memaklumkan dan mengkhabarkan kepada isterinya ke mana tujuan keluarnya.

Dijelaskan perbuatan ini dilakukan sekalipun suaminya berada dirumah adalah jelas, agar suami tidak akan mempersoalkan tindakan isterinya itu, apatahlagi jika suami tiada di rumah, maka lebih -lebihlah lagi keizinan suami diperlukan. Banyak hadis panduan dan kisah teladan dapat dirujuk bagi panduan dalam hal ini. Antaranya dikisahkan bagaimana taatnya seorang isteri tidak membelakangkan suaminya, sekalipun suaminya tiada di rumah, tetap akur dengan ketaatannya tidak keluar rumah sekalipun ayahnya meninggal, dan pelbagai lagi kisah lain sebagai teladan dan panduan isteri-isteri solehah.

Sebaliknya jika kebenaran juga diperlukan dalam tujuan keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan diklasifikasikan sebagai ilmu fardu ain. Dibolehkan keluar untuk berlajar ilmu fardu ain jika suaminya tidak mampu mengajar. Walhal suami sepatutnya faham dan pengetahuan dalam persoalan berkaitan isterinya. Suami perlu tahu antaranya berkaitan darah isteri, cara dan panduan beribadah isterinya kerana suami disini wajib menunjuk ajar dan mendidik isterinya, maka memadailah hanya suami sahaja yang memberi pengetahuan ini kepada isterinya. Sebaliknya jika suami tidak tahu dan tiada pengetahuan, suami tidak boleh menghalang isteri dari keluar untuk berlajar perkara tersebut. Maka isteri boleh keluar rumah dalam tujuan diatas.





aku harap perkara sebegini walaupun remeh dan temeh but its still hukum Allah....
kita renung2 lah dan fikir2 kan lah..... 


kalau u all ada penambahan , sila2 lah... at least kita bincangkan secara positif... insya-Allah

No comments:

Post a Comment