Thursday 6 March 2014

Hanya Allah yg Maha Mengetahui

Selepas berbincang dengan sahabat karibnya, Min memutuskan untuk melakukan apa yang disuruh oleh Hamid.

"takpelah Min, lambat laun org pon akan bertanya juga kat kamu nanti....tak usah lah kamu nak berdolak dalih...." kata Hamid demi menyakin sahabatnya  Min Bin Abdullah @ Lee Min Han

"Terima kasih Mid, ko lah sahabat aku dunia dan akhirat....." kesugulan wajah nya sukar disembunyikan....

"Min, segalanya telah direncanakan.... terimalah qada' dan qadar ini....danbanyak-banyak bersabar...jangan lupa beristighfar " ujar Hamid. 

"kalau takde apa-apa lagi, aku nak beredar dulu pasal kejap lagi Mira, anak aku balik sekolah, " ucap Hamid

"Baiklah Mid..... sekali lagi aku ucap banyak-banyak terima kasih.... tak mampu..."

Belum sempat Min menghabiskan kata-katanya , Hamid terus berkata, "kita sesama islam.... kita bersaudara....satu kalimah....satu kiblat...." sambil tersengih....



Selepas menunai solat zohor, Min terus ke Hospital Pantai.....


"Assalammualaikum cik...." ucap Min 
"Wa'alaikumsalam encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
"Saya Min, ada temujanji bersama Doktor Ramu."
"Sebentar ya encik...." sambil dia membelek-belek buku temujanji....

"Doktor Ramu, Encik Min sudah sampai. Bolehkah dia masuk ke bilik pemeriksaan sekarang....?"
tanya jururawat itu

"Ok" jawab ringkas doktor itu


"Baiklah Encik Min, encik boleh masuk ke bilik pemeriksaan no.3, Doktor Ramu menanti encik disana"

"Terima kasih, Assalammualaikum..." sapaan Min
"wa'alaikumsalam" jawab jururawat itu sambil menunjukkan jalan kepada Min



Min pun mengetuk pintu bilik berkenaan, kedengaran suara doktor itu menyuruh dia masok.

"Selamat petang doktor" Min menyapa sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan doktor itu.

"Selamat petang, duduk lah" jawab Doktor Ramu.


"Setelah 4 minggu merawat kamu, saya dapati ...... " doktor itu tiba-tiba terhenti kerana tiba-tiba Min terbatuk-batuk. " Nah tisu..."

"Terima kasih doktor. maafkan saya."

"Tidak ada apa-apa....Min,kamu demam?"

"tak lah doktor, cuma batuk-batuk sikit.." jawab Min



Tiba-tiba Min berasa pening, terasa pandangannya kabur....lalu senyap dan padam..... hitam...gelap....
Dia tidak merasa apa-apa kecuali kosong....
"dimanakah aku...?" detik hatinya




No comments:

Post a Comment